1. Latar Belakang - Webtel.mobi
Webtel.mobi merupakan Pembekal Mudah Alih Khusus global, yang membekalkan perkhidmatan panggilan mudah alih dan pesanan teks ke seluruh dunia dengan potongan harga yang tinggi untuk panggilan mudah alih standard dan pesanan teks – menyambungkan dunia dengan cara yang baru dan inovatif.
Ia mempunyai liputan geografi terbesar berbanding dengan mana-mana satu pembekal mudah alih di dunia, dan ia membekalkan perkhidmatan yang:
- Percuma untuk disertai.
- Mudah untuk digunakan.
- Kosnya lebih rendah sehingga 80% atau lebih berbanding kos panggilan mudah alih standard dan/atau pesanan teks di peringkat antarabangsa.
- Tersedia untuk sesiapa sahaja yang mempunyai telefon mudah alih yang boleh bersambung ke internet (80%+ daripada telefon mudah alih di peringkat antarabangsa).
- Tersedia di semua negara, pada semua rangkaian.
- Tersedia dalam kadar yang sama di seluruh dunia.
Webtel.mobi bukan perkhidmatan VoIP atas mudah alih, jadi ia tidak menarik “kos pindahan data” yang mahal bagi pengguna - yang menggunakannya daripada telefon mereka sendiri dengan nombor telefon mereka sendiri, untuk memanggil atau menghantar teks kepada telefon lain daripada telefon mereka sendiri dan nombor telefon mereka sendiri.
Webtel.mobi memberikan penyelesaian global kepada semua orang – untuk tujuan persendirian atau korporat/perniagaan, dan mereka yang menggunakan kontrak atau kontrak perkhidmatan mudah alih bayar-sambil-lalu, bagi semua peringkat umur – yang ingin membuat bilangan panggilan dan pesanan teks yang sama, tetapi memotong kos panggilan dan pesanan teks sehingga 80% atau lebih.
Maklumat lanjut tentang Webtel.mobi boleh dilihat dalam bahagian lain laman web ini, dengan menggunakan ikon navigasi di sebelah atas halaman.
Perkhidmatan Webtel.mobi boleh digunakan dengan mengakses laman telefon mudah alih www.webtel.mobi dari telefon mudah alih anda.
ATAS

2. Latar Belakang - Cabaran Webtel.mobi
Asal usul Cabaran Webtel.mobi tertanam dalam pandangan syarikat tentang Tanggungjawab Sosial Korporat.
Syarikat mempercayai bahawa tanggung jawab sosial korporat sebenar harus disepadukan dalam semua tindakan yang dijalankan, dan tidak ditugaskan kepada bahagian atau dasar berasingan dalam syarikat. Malah, kami berpendapat bahawa sekiranya terdapat lebihan dana dalam syarikat untuk membentuk suatu bahagian atau dasar yang lengkap, maka tanggungjawab sosial syarikat telah pun gagal, kerana wang tersebut seharusnya dipulangkan kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga dan bukannya dikaut oleh syarikat melalui caj yang berlebihan.
Sejajar dengan prinsip ini, Webtel.mobi telah mengekalkan cajnya kepada pelanggan serendah yang mungkin, bagi menyediakan komunikasi tempatan dan antarabangsa antara satu sama lain yang mampu dilanggan, kerana kami berpendapat komunikasi antara satu sama lain yang mampu dilanggan bukan sahaja sebagai satu hak, tetapi juga sebagai asas interaksi antara manusia, dan seterusnya meningkatkan kemungkinan kerjasama yang aman dan bersefahaman, dan mengurangkan kemungkinan salah faham dan konflik.
Webtel.mobi telah menyepadukan prinsip ini ke dalam aktiviti pemasarannya (dan cabarannya), dengan mengambil bahagian dalam inisiatif pemasaran yang melibatkan komuniti global dalam aktiviti pemasaran dengan cara yang akan memberikan manfaat kepada peserta; atau mengemukakan aktiviti pemasaran yang mempunyai aspek inspirasi, sebagai sumber inspirasi kepada semua orang yang terdedah kepadanya.
Contoh inisiatif pemasaran Webtel.mobi yang melibatkan komuniti global dengan cara yang memberi manfaat kepada peserta ialah Pertandingan Webtel.mobi Viral Video – butirannya boleh dilihat di sini:
Artikel
Pemenang Pertandingan
Semua penyertaan Pertandingan
Contoh inisiatif pemasaran Webtel.mobi yang memberi inspirasi kepada orang ramai dalam masa yang sama memasarkan syarikat dan produk, ialah Cabaran Antara Benua Webtel.mobi
ATAS

|