Malay Japanese Urdu Spanish Indonesian Turkish Arabic Chinese Dutch Hindi Korean Russian Polish Tagalog Vietnamese Portuguese French Italian German English
 
  Mula
 
 
 
  Laluan dan Statistik Cabaran
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Penayang Cabaran
  Foto & Imej
  Dokumentari Mini
Click here to be emailed about future Webtel.mobi events
 

Laluan dan Statistik Cabaran

 

Cabaran Antara Benua Webtel.mobi merupakan Penyeberangan Atlantik antara benua melalui udara, dari Pantai Barat Laut Maghribi di Afrika, ke Pantai Barat Daya Sepanyol di Eropah.


Klik pada imej untuk melihat versi yang lebih besar

Penyeberangan tersebut akan melintasi lautan bergelora Lautan Atlantik Utara, di mana aliran airnya deras menghala ke Selat Gibraltar ke bahagian Timur.

Terdapat banyak kerumitan dan cabaran yang perlu diatasi – manusia, teknologi dan alam semula jadi – dan disebabkan ini, satu titik pelancaran utama dan empat titik pelancaran kedua telah dipilih (Lihat imej di atas).

Pemilihan terakhir titik Pelancaran akan ditentukan pada hari Cabaran tersebut, dan akan bergantung kepada keadaan angin.

Angin merupakan faktor penting dalam menentukan pilihan pelancaran, kerana bergantung kepada arah dan kelajuan angin sisi, sayap mono boleh diterbangkan angin ke Barat atau Timur pada jarak yang jauh. Tambahan pula, angin bertiup dari arah bertentangan pada ketinggian yang berbeza-beza, dengan hanya ruangan kecil tidak berangin antara kedua-dua angin yang bertentangan ini.

Jarak garis lurus yang akan diliputi adalah kira-kira 40 kilometer merentasi lautan, tetapi angin yang lazim bertiup bermakna jarak sebenar yang diliputi mungkin akan bertambah sebanyak 10km. Sayap jet akan memecut pada kelajuan tertinggi kira-kira 220km/j dan akan, bergantung kepada keadaan cuaca, berada di udara selama 13 minit.



Statistik Sayap Penerbangan

Kelajuan Pelancaran: 100 km/j (62 bsj)
Laju Jajap: 220 km/j (130 bsj)
Kelajuan naik: 180km/j (110 bsj)
Jenis Jet: 4 X Jet-Cat P200
Tujahan Jet: Keseluruhannya 88kg (4x22kg)
Ketinggian Pelancaran: 1 950 meter (6 500 kaki)
Ketinggian Jajap: 1 950 meter (6 500 kaki)
Jarak Penerbangan: 38 km (23 batu) - Penerbangan terus
Jarak Penerbangan: +/- 48 km (29 batu) - Termasuk rintangan angin hadapan
Berat Sayap: 30 kg (75 paun) kering dan 60kg (150 paun) dengan bahan api
Jenis Bahan Api: Kerosin (dengan campuran minyak untuk pelinciran)
Kuantiti Bahan Api: 30 Liter (7.2 Gelen)
Penggunaan Bahan Api: .78 liter sekm (0.31gelen sebatu)
Bahan Sayap: Komposit
Masa Penerbangan: 13 minit


Statistik Penyiaran dan Penstriman

  • 5 syarikat
  • 1 kamera Thompson LDK 6000
  • 5 kamera Sony HDW730
  • 1 kamera pegun Canon EOS1D Mk3
  • 1 kamera Cineflex HDV14
  • 7 pemancar Gigawave
  • 1 trak OB (Outside Broadcast)
  • 1 trak SNG (Pengumpulan Berita Satelit)
  • 1 suit suntingan video Thomson Kayak
  • 1 meja pengadunan audio Lawo
  • 50,000 pelayan
  • 750 Juta Megabait
  • Eutelsat
  • BT Tower

Statistik Kakitangan

  • Di bawah penyelarasan dan pengurusan Webtel.mobi, lebih daripada 250 orang dari 22 syarikat dan organisasi dalam 11 negara terlibat dalam mengadakan dan menyiarkan Cabaran.

 
 
English Italian French German Dutch Spanish Portuguese Polish Russian Portugese Turkish Arabic Urdu Chinese Hindi Japanese Vietnamese Indonesian Malaysian KoreanTagalog