 |
| |
Foto dan Imej Cabaran Percuma |
|
|
| |
Webtel.mobi akan menyediakan semua fotograf dan imej Latihan Cabaran dan Cabaran secara percuma untuk ditonton atau dimuat turun.
Jurufoto professional udara antarabangsa akan mengambil foto-foto ini, dan walau pun terdapat bilangan foto dan imej yang terhad untuk dimuat turun sebelum Cabaran, kebanyakan foto dan imej akan disediakan sejurus selepas berakhirnya Latihan Cabaran pada 24 November dan Cabaran pada 25 November 2009.
Semua foto boleh digunakan, disalin semula atau diterbitkan secara percuma atau tanpa royalti, dengan satu syarat bahawa di mana jua fotograf tersebut disalin semula atau diterbitkan, penghargaan mestilah dinyatakan pada kapsyen fotograf dengan nama jurugambar dan nama Webtel.mobi (cth. Fotograf: Frank Herzog dan Webtel.mobi).
Dengan cara yang sama, semua foto boleh digunakan, disalin semula atau diterbitkan secara percuma atau tanpa royalti, dengan satu syarat bahawa di mana jua fotograf tersebut dihasilkan semula atau diterbitkan, penghargaan mestilah dinyatakan pada kapsyen fotograf dengan nama Webtel.mobi (cth. Imej: Webtel.mobi).
Imej desktop akan juga boleh didapati untuk dimuat turun dan digunakan secara percuma. Imej desktop boleh dimuat turun dan digunakan seperti asalnya, tanpa apa-apa syarat.
Kaedah tontonan atau muat turun foto dan/atau imej telah dibuat semudah yang mungkin oleh Webtel.mobi. Hanya klik pada ikon "Foto & Imej", masukkan alamat e-mel anda, klik pada mel pengesahan yang dihantar ke peti masuk e-mel anda, dan anda bersedia untuk menonton.

|
|
|
|
 |