|
| |
Bergantung kepada keadaan cuaca, Cabaran telah dirancang untuk diadakan pada hari Rabu, 25 November, dengan latihan diadakan pada hari Selasa, 24 November.

1. Tarikh akhir untuk Latihan dan Cabaran

Kedua-dua latihan pada hari Selasa, 24 November, dan Cabaran pada hari Rabu, 25 November telah dijadualkan untuk bermula pada jam 2:30 petang Waktu Eropah Tengah, iaitu:-
- 05H30 Waktu Los Angeles dan Vancouver
- 07H30 Houston, Winnipeg dan Bandar Mexico
- 08H30 Waktu New York, Toronto, Jamaica dan Lima
- 11H30 Waktu Sao Paulo dan Buenos Aires
- 13H30 Waktu Maghribi
- 13H30 Waktu London
- 14H30 Waktu Eropah Tengah
- 16H30 Waktu Riyadh dan Timur Tengah
- 16H30 Waktu Moscow
- 17H30 Waktu UAE
- 19H00 Waktu Mumbai
- 21H30 Waktu Hong Kong, Beijing, Singapura dan Perth
- 22H30 Waktu Tokyo
- 00H30 Waktu Sydney
- 02H30 Waktu Auckland
Tarikh dan waktu tertakluk kepada kemungkinan perubahan atau penangguhan dengan notis singkat bergantung kepada keadaan cuaca. Maklumat biasa dan yang terkemas kini mengenai pengaturan masa dan sebarang kemungkinan perubahan akan dipaparkan dalam bahagian “Penayang Cabaran” di laman web ini:-


ATAS

2. Latihan Cabaran

Pengaturan masa dan urutan acara yang telah dirancang untuk siaran web internet secara langsung dan siaran Latihan Cabaran pada hari Selasa, 24 November ialah seperti yang berikut:-
Pengaturan Masa
Siaran Web Secara Langsung melalui internet, dan Siaran Langsung melalui Eutelsat dan BT Tower, dijadualkan bermula pada 14H00 CET. Sila ambil perhatian bahawa disebabkan sifat acara dan bilangan pesawat dan kakitangan yang terlibat, pengaturan masa ini mungkin berubah beberapa minit cepat atau lambat, oleh itu masa ini dan semua pengaturan masa yang tersenarai di bawah ini adalah anggaran.
Tujuan
-
Ujian pesawat, terbang bentukan, kamera, komunikasi, penstriman dan penyiaran secara langsung.
-
Latihan Mencari dan Menyelamat untuk menyelamatkan Pencabar dari Lautan Atlantik Utara.
-
Tiada penerbangan menggunakan sayap jet akan dilakukan semasa latihan.
Urutan acara (semua masa adalah anggaran)
13H30 – 14H00
Pesawat berlepas dan permulaan siaran web internet secara langsung / ujian dan latihan penyiaran langsung.
14H00 – 14H30
Pesawat terbang ke Titik Pelancaran yang dirancang, berlatih bentukan, komunikasi radio dan semua Prosedur Cabaran yang diperlukan.
14H30 – 15H00
Helikopter Mencari dan Menyelamat untuk menyelamatkan Pencabar dari Lautan Atlantik Utara oleh Penerjun Penyelamat.
15H00 – 15H30
Kembali ke lapangan terbang dan tamat latihan.

ATAS

3. Cabaran Antara Benua Webtel.mobi

Pengaturan masa yang telah dirancang dan urutan acara untuk siaran web internet secara langsung dan siaran Cabaran Antara Benua Webtel.mobi pada hari Rabu, 25 November adalah seperti yang berikut:-
Pengaturan Masa
Siaran Web Secara Langsung melalui internet, dan Siaran Langsung melalui Eutelsat dan BT Tower, dijadualkan untuk bermula pada 14H00 CET. Sila ambil perhatian bahawa disebabkan sifat acara dan jumlah pesawat dan kakitangan yang terlibat, aturan masa ini mungkin berubah beberapa minit cepat atau lambat, oleh itu masa ini dan semua pengaturan masa yang tersenarai di bawah ini adalah anggaran.
Urutan acara (semua masa adalah anggaran)
13H30 – 14H00
Pesawat berlepas dan permulaan siaran web internet secara langsung / penyiaran langsung.
14H00 – 14H29
Pesawat terbang ke Titik Pelancaran yang dirancang, dan bersedia untuk memulakan Cabaran.
14H30
Kira detik 10 saat diberikan, Pencabar keluar dari Pesawat Pelancar, dan Cabaran Antara Benua Webtel.mobi bermula.
14H30 – 14H45
-
Pencabar akan menyeberang Lautan Atlantik Utara dari Benua Afrika ke Benua Eropah, dengan dikejar oleh Helikopter Kamera dan Mencari dan Menyelamat. Anggaran masa penerbangan ialah 13 minit pada 220km/j.
-
Pesawat Pemancar akan terbang liputan atas untuk memancarkan isyarat siaran, dan helikopter Kakitangan dan Pesawat Pelancar akan terbang di belakang.
14H45 – 15H00
-
Pencabar membuka payung terjun dan mendarat.
-
Semua helikopter mendarat dan kakitangan keluar.
15H00 – 15H30
Komen pemula pascaCabaran oleh Pihak Prinsipal.
15H30 – 16H30
Sidang Akhbar.
16H30
Siaran web langsung dan siaran langsung tamat.
15H00 – 15H30
Cabaran Antara Benua Webtel.mobi tamat.

ATAS

|
|
|
|
 |