|
| |
Cabaran utama tentu sekali adalah untuk berjaya menamatkan Penyeberangan Atlantik melalui udara menggunakan sayap jet.
Terdapat banyak kerumitan dan cabaran yang perlu diatasi bagi mencapai kejayaan – terutama sekali keadaan yang di luar kawalan syarikat atau Pencabar – dengan kata lain, unsur Alam.
Tetapi, kedua-dua Webtel.mobi dan Pencabar berkongsi pandangan yang sama mengenai apa yang menjadi kejayaan. Kedua-duanya berpendapat bahawa intipati Cabaran yang utama bukanlah menamatkannya, sebaliknya bersedia, sanggup dan boleh mencubanya.
Kemajuan penting dalam mana-mana perniagaan atau arena lain dicapai bukan melalui tindakan mudah atau tanpa ketabahan mengharungi kegagalan. Syarikat percaya bahawa kejayaan datang daripada kecekalan dan ketabahan yang terfokus dalam menghadapi kesukaran – terutamanya jika kejayaan tidak dicapai dalam percubaan pertama.
Bagaimana pun, tanpa percubaan pertama tiada apa lagi yang akan terjadi, dan tiada apa-apa yang dapat dicapai. Langkah yang paling penting dalam mana-mana peristiwa atau kemajuan ialah langkah pertama yang memulakan perjalanan hingga ke akhirnya.
Oleh itu, walaupun pendekatan terhadap Cabaran ini adalah dengan fokus, perancangan dan dedikasi yang lengkap dan teliti, keputusan akhirnya masih tidak pasti. Jika ia mudah untuk dilakukan, atau keputusan akhirnya dijamin, ia tidak akan menjadi Cabaran dan sama ada syarikat mahupun Pencabar tidak akan melakukannya.
Dengan lebih tepat lagi kerana ia susah dan sukar – dan kerana keputusan akhir tidak dapat dipastikan – yang membuatkan Cabaran ini berbaloi untuk dicuba.
1. Angin & Cuaca

Antara cabaran dalam penerbangan ialah angin dan cuaca. Kawasan yang digunakan ialah di sekitar Zon Pendaratan yang dikenali sebagai “ibu negara luncur angin dunia”.
Kawasan ini unik dari segi geografi dan meteorologi. Hampirnya dua Benua, Afrika dan Sepanyol – juga pertemuan Lautan Atlantik Utara yang dalam dengan Laut Mediterranean yang cetek – telah mewujudkan dalam kawasan Zon Cabaran apa yang sesetengah ahli klimatologi gambarkan sebagai “mangkuk topografi yang mempunyai hanya satu jalan keluar”.
Jalan keluar itu adalah melalui Zon Cabaran.
Jarak yang sempit antara dua Benua itu mewujudkan “Kesan Venturi” yang melihat angin bertiup dari kawasan Mediterranean yang bertekanan tinggi ke dalam kawasan Atlantik Utara yang bertekanan rendah dimampatkan, dan bertiup dengan kelajuan yang amat tinggi. Ini dikenali sebagai angin “Levanter”.
Angin di kawasan ini juga boleh berubah arah tanpa amaran – dengan tiba-tiba bertukar dari Timur ke Barat. Angin juga bertiup dari arah bertentangan – pada masa yang sama – pada ketinggian yang berbeza-beza, dengan hanya sedikit perbezaan ketinggian yang memisahkan arah aliran tersebut.
Untuk mendapatkan ramalan dan maklumat yang paling tepat dan boleh dipercayai mengenai cuaca sebelum, dan semasa, Cabaran, Webtel.mobi telah melantik Meteo France, salah satu syarikat terkemuka dalam ramalan meteorologi, sebagai Perunding Meteorologinya. Meteo France akan memberikan ramalan mingguan, harian, dan ketika acara semakin hampir, ramalan setiap jam tentang keadaan di dalam dan di sekitar Zon Cabaran.
ATAS

2. Penyiaran

Menyeberangi Lautan Atlantik dan menghubungkan benua memerlukan gabungan teknologi, perancangan dan keberanian yang menakjubkan. Tetapi cabaran untuk menyiarkannya secara langsung, merentasi keseluruhan planet, adalah sama rumitnya.
Cabaran penyiaran adalah untuk melakukan penggambaran acara tersebut secara langsung, ketika ia sedang berjalan dan mengedarkannya, dalam masa sebenar, melalui satelit ke penyiar TV dan untuk siaran web secara langsung di internet, boleh diakses dari setiap negara di dunia – juga untuk membekalkan Hebahan Berita Video pascaLatihan dan pascaCabaran kepada lebih 500 stesen Televisyen.
Penggambaran akan dilakukan di bumi dan di udara oleh kamera TV definisi tinggi. Kedua-duanya ialah kamera tangan (dengan kanta stabil yang sesuai) dan dilekapkan pada helikopter (penstabilan giro penuh).
Isyarat frekuensi radio (RF) daripada pelbagai kamera dan sumber video akan dipancarkan ke geganti di dalam helikopter kamera Cineflex, dan dari sana ke pesawat pemancar di atas kumpulan udara ketika ia menyeberang dari Maghribi ke Sepanyol.
Isyarat ini, kemudiannya, akan disuap turun semula ke trak satelit penerima dan pengadun di Zon Pendaratan, dan dari trak satelit isyarat tersebut akan dihantar ke Eutelsat dan ke BT Tower, untuk paut turun atau penampungan percuma oleh mana-mana penyiar, juga untuk penstriman internet secara langsung ke siaran web antarabangsa.
Dua Hebahan Berita Video (VNR) juga akan dihasilkan oleh Associated Press Television News (APTN) untuk pengedaran percuma ke seluruh dunia melalui perkhidmatan pengedaran Global Video Wire APTN.
Siaran web internet akan dipaut turun dari satelit, disambungkan ke penguat edaran dan dikodkan oleh bank komputer pelayan untuk pengedaran ke 50,000 pelayan pinggir Akamai Technologies yang terletak di serata dunia, untuk penghantaran ke laman Webtel.mobi untuk tontonan secara langsung. Isyarat akan dipancar dalam dua kadar bit berbeza, 200 dan 384.
Untuk memenuhi kemungkinan permintaan, kapasiti data sebanyak Tujuh Ratus Lima Puluh Juta Megabait ruang data telah ditempah.
ATAS

3. Logistik

Walaupun Cabaran Antara Benua Webtel.mobi mengambil masa yang singkat (dari segi masa Pencabar berada di udara), sokongan logistik untuk Cabaran ini adalah suatu usaha yang besar.
Ia memerlukan perancangan dan pelaksanaan aktiviti bersegerak dengan sokongan dan fungsi yang mendalam, di pelbagai negara, dalam pelbagai bahasa, dengan syarikat dan pasukan petugas yang berlainan, merentasi julat bidang yang luas dan pelbagai.
Walau bagaimanapun, memandangkan prinsip bagi perancangan, pengurusan dan pelaksanaan komunikasi tanpa sempadan seluruh dunia menggunakan kakitangan multinasional dan antarabangsa, perkhidmatan dan kelengkapan adalah serupa sama ada komunikasi tersebut adalah untuk produk telekomunikasi Webtel.mobi atau untuk siaran global dan pelbagai bahasa bagi acara utama antarabangsa, pihak pengurusan Webtel.mobi telah menguruskan keperluan ini tanpa banyak kesukaran.
ATAS

4. Bantuan Media

Webtel.mobi telah mengaturkan agar mana-mana penyiar yang berminat boleh mengambil suapan langsung acara tersebut, melalui Eutelsat atau melalui BT Tower di London.
Hebahan Berita Video (VNR) akan juga diedarkan menggunakan kedua-dua suapan langsung dari Cabaran, serta VNR yang telah disunting yang dihantar keluar pascaLatihan dan pascaAcara. Ia akan dihantar melalui rangkaian Pengedaran Video Global APTN.
Di bumi, di Zon Pendaratan, Webtel.mobi telah mengaturkan supaya kamera statik kualiti studio disediakan untuk beberapa jam selepas selesainya Cabaran, bagi membolehkan wartawan menjalankan wawancara. Kamera ini juga akan dipautkan secara langsung ke Eutelsat dan BT Tower. Kamera ini tersedia untuk wawancara langsung kepada ahli media yang menghadiri acara dan yang mungkin tidak mempunyai krew kamera lengkap bersama mereka, atau yang mungkin tidak mempunyai akses kepada waktu satelit.
Selain daripada ini, sebanyak maklumat yang mungkin telah disediakan di laman web acara untuk memberikan maklumat semaksimum mungkin kepada ahli media yang tidak dapat hadir.
Satu bahagian telah disediakan di laman web acara, di mana imej pegun beresolusi tinggi boleh dimuat turun oleh ahli media secara percuma, dengan hanya satu syarat iaitu untuk mengiktiraf Webtel.mobi dan jurugambar di dalam penghargaan gambar.
Pasukan kakitangan perhubungan media akan sentiasa bersedia sepanjang Cabaran bagi membantu ahli media.
Ahli media juga akan diberi butiran orang hubungan di Maghribi dan Sepanyol yang perlu mereka hubungi bagi mendapatkan kebenaran yang diperlukan untuk penggambaran. Selain itu, Webtel.mobi telah merundingkan kadar penerbangan istimewa dengan Royal Air Maroc, dan memberikan butiran ejen pelancongan (tiada kaitan dengan Webtel.mobi) yang boleh membantu tentang perancangan perjalanan.
ATAS

|
|
|
|
 |