Malay Japanese Urdu Spanish Indonesian Turkish Arabic Chinese Dutch Hindi Korean Russian Polish Tagalog Vietnamese Portuguese French Italian German English
 
  Mula
 
 
 
  Laluan dan Statistik Cabaran
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Penayang Cabaran
  Foto & Imej
  Dokumentari Mini
Click here to be emailed about future Webtel.mobi events
 

Pasukan Cabaran

 

Falsafah Webtel.mobi adalah jika kakitangannya sendiri tidak memahami sesuatu, mengetahui apakah tujuannya, dan mengetahui bagaimana untuk melaksanakannya sendiri dengan jayanya, syarikat tidak akan mempertimbangkannya. Ini diguna pakai untuk produk syarikat, perkhidmatan dan mana-mana aktiviti berkaitan syarikat – termasuk Cabaran.

Oleh yang demikian, Cabaran Antara Benua Webtel.mobi telah dikonsepsikan, dirancang dan dilaksanakan oleh pasukan kakitangan syarikat ini sendiri, dengan mereka yang melantik dan membawa masuk di mana perlu syarikat atau orang khusus pihak ketiga, yang terbukti pakar dan telah mempamerkan kualiti kecemerlangan dalam bidang usaha masing-masing. Pihak ketiga ini beroperasi di bawah arahan kakitangan syarikat, sebagai sebahagian daripada pasukan – kerana syarikat juga berpendapat bahawa hasil terbaik dicapai melalui orang dan entiti yang bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan.

Pasukan yang bertanggung jawab, dalam semua aspek, untuk mengkonsepsi, merancang, melaksanakan Cabaran Antara Benua Webtel.mobi – dan menyiarkannya kepada dunia – ialah seperti yang berikut:-

1. Pihak Prinsipal
2. Pembekal Pesawat

3. Juruterbang dan Kakitangan Penerbangan

4. Pasukan Media
5. Penggambaran dan Fotografi
6. Penstriman Internet
7. Siaran Radio
8. Strategi Komuniti Dalam Talian
9. Perlindungan, Keselamatan, Mencari & Menyelamat dan Logistik
10. Sokongan Meteorologi

11. Penterjemahan Bahasa


1. Pihak Prinsipal

Stuart Sterzel

Pengerusi dan CEO Webtel.mobi Limited. Bertanggung jawab atas pengkonsepan, perancangan keseluruhan dan pengurusan strategik dan pelaksanaan semua aspek Cabaran Antara Benua Webtel.mobi.

Hartwig Baier 

Ketua Projek Cabaran Antara Benua Webtel.mobi, dan ahli pasukan pengurusan syarikat. Hartwig bertanggung jawab bagi Pengurusan Projek dan perlaksanaan praktikal semua aspek berkaitan mengadakan Cabaran. Hartwig merupakan bekas Juruterbang Ujian Tentera Udara dan Jurutera, yang kemudiannya menjadi Juruterbang Ujian untuk beberapa syarikat penerbangan terbesar di dunia sebelum mengasaskan syarikat penerbangan antarabangsanya sendiri (Aviation Traders Limited), yang beliau uruskan sepanjang 30 tahun yang lalu, sebelum menjadi Ketua Acara Khas untuk Webtel.mobi Limited.


Yves Rossy

Yves Rossy telah, melalui keazaman dan fokusnya yang konsisten, mengatasi banyak halangan dan telah mengejar kejayaan melalui kecemerlangan peribadi. Bekas juruterbang Jet Pejuang dalam Tentera Udara Switzerland, dan juruterbang untuk Syarikat Penerbangan Eropah Utama, beliau telah mencapai kejayaan sama dalam bidang usahanya sebagaimana yang dicapai oleh syarikat dalam bidangnya. Dalam hal beliau, ia merupakan pembangunan sayap berkuasa jet untuk penerbangan manusia. Oleh kerana beliau telah menunjukkan nilai yang sama dengan syarikat dalam usahanya, Webtel.mobi menawarkan beliau peluang untuk menerima Cabaran Antara Benua Webtel.mobi, dan beliau menerimanya. Ini ialah Pencabar pertama yang akan menjadi siri Cabaran berterusan oleh Webtel.mobi, maka Yves telah dilantik sebagai Pencabar 1

Mark Dawson

Pengarah Kewangan Webtel.mobi Limited. Bertanggung jawab dalam semua aspek perancangan kewangan dan pembelanjawanan untuk Cabaran Antara Benua Webtel.mobi – yang telah dibiayai oleh Webtel.mobi dalam semua aspek. Mark memegang jawatan eksekutif kanan sebelum ini sebagai Pengarah Kewangan dalam syarikat multinasional, dan kemudiannya mengasaskan syarikat auditnya sendiri. Beliau kemudiannya menggabungkan syarikatnya dengan firma audit yang lain, dan kini merupakan rakan kongsi dalam firma audit, serta menjawat kedudukan Pengarah Kewangan Webtel.mobi Limited.


ATAS

 

2. Pembekal pesawat

Inaer

Kumpulan Inaer ialah salah satu pengendali helikopter terbesar di Eropah, dengan lebih 180 pesawat dalam kumpulannya, lebih daripada 140 dimilikinya. Helikopternya digunakan dalam pelbagai misi, daripada memadam kebakaran kepada menyelamat kepada pengangkutan.

 

 

Alfacam

Alfacam membekalkan pesawat pemancar untuk Cabaran. Pesawat akan dikendalikan oleh syarikat subsidiari Alfacam, Euro Linx. Euro Linx adalah pemain utama dalam domain transmisi HDTV wayarles dan mampu memenuhi sebarang permintaan untuk sambungan wayarles berteknologi tinggi dan maju. Dicipta sebagai keluaran sampingan teknologi wayarles yang dibangunkan di Alfacam, Euro Linx mengkhusus dalam perkhidmatan satelit HDTV dan transmisi wayarles.


Flying Devil

Flying Devil SA ialah syarikat Switzerland yang membekalkan pesawat Pilatus PC 6 yang menjadi tempat Pencabar keluar. Syarikat tersebut menawarkan banyak pengalaman terbang dalam pelbagai disiplin yang mencabar bersama juruterbang dan krew penerbangan yang berpengalaman.


ATAS

 

3. Juruterbang dan Kakitangan Penerbangan

Ismael Carbonell (Falcon 1)

Ismael akan menerbangkan helikopter Mencari dan Menyelamat, Falcon 1, Bell 412. Beliau mempunyai 3,400 jam penerbangan dan berpengalaman dalam memadam kebakaran, penyelamatan perubatan kecemasan, mencari dan menyelamat dan penggambaran udara.


Juan Cumplido (Falcon 2)


Juan akan menerbangkan Eurocopter AS355N, helikopter kamera. Beliau mempunyai hampir 7,700 jam penerbangan dan berpengalaman dalam memadam kebakaran, mencari dan menyelamat, pengawasan hutan dan perkhidmatan perubatan kecemasan.

Roland Brunner (Falcon 2)

Roland akan menjadi pembantu juruterbang Helikopter Kamera (Eagle 2). Beliau telah menerbangkan helikopter sejak tahun 1982 dan bekerja di beberapa syarikat Switzerland sebagai juruterbang pengangkutan dan penyelamatan dan sebagai pengajar penerbangan. Roland mengkhusus dalam fotografi udara.

 


Salvador Carrazoni (Falcon 3)

Salvador akan menerbangkan helikopter kakitangan, Falcon 3, Bell 412. Beliau mempunyai penilaian pengajar untuk Bell 412 dan lebih daripada 6,400 jam penerbangan. Beliau mempunyai pengalaman dalam memadam kebakaran, mencari dan menyelamat dan

 


Enrique Arnau (Juruterbang Bantuan)

Enrique mempunyai hampir 3,800 jam penerbangan dan berpengalaman dalam memadam kebakaran, mencari dan menyelamat, mengangkut penumpang dan perkhidmatan perubatan kecemasan.

Antonio Martinez

Antonio merupakan Pengarah Komersil bagi Portugal dan Sepanyol untuk Inaer. Beliau bertanggung jawab dalam penyelarasan dan perancangan semua aktiviti Inaer yang berkaitan dengan Cabaran dalam kerjasama dengan Pasukan Cabaran Antara Benua Webtel.mobi.

 

 

Jean-Marc Colomb (Eagle 1)

Menerbangkan Pesawat Pelancar (Eagle 1). Jean-Marc telah melakukan penerbangan sejak tahun 1966, dan terlibat dalam penerbangan komersil, penerbangan aerobatik, penerbangan/pendaratan glasier dan disiplin penerbangan lain yang rumit.

 


Gilbert Mullenders (Eagle 2)

Gilbert akan menjadi juruterbang Beechcraft Super King Air yang akan menjadi platform geganti bagi isyarat dari helikopter kamera ke trak OB (Outside Broadcast) di Sepanyol. Beliau mendapat latihan sebagai juruterbang di Belanda dan di Belgium, dan telah lama berkhidmat dalam Angkatan Tentera Udara Belgium. Beliau mempunyai kelayakan juruterbang komersial dari Belgium dan Amerika Syarikat dan telah terbang ke banyak negara menggunakan pesawat yang berbeza dalam kerjaya penerbangan awamnya.

Paul Ewers (Eagle 2)

Paul merupakan juruterbang kedua pesawat geganti Beechcraft Super King Air. Paul memulakan kerjayanya dalam penerbangan sebagai jurutera pesawat sebelum mendapat latihan sebagai juruterbang. Beliau telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat dan juga pernah menjadi tenaga pengajar.


ATAS

 

4. Pasukan Media

Brendan Seery

Brendan merupakan Ketua Media untuk Webtel.mobi. Beliau ialah wartawan yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun selaku koresponden luar negeri, wartawan penyiasat dan sebagai editor kumpulan surat khabar antarabangsa utama.


Jim Freeman

Jim Freeman telah menjadi wartawan media cetak dan elektronik dan pemenang anugerah jurugambar, sejak tahun 1981, sejak beliau bekerja di Afrika, Eropah dan Timur Tengah. Beliau sebelum ini bekerja sebagai pengurus komunikasi korporat sebelum menjadi wartawan bebas, khusus dalam perniagaan, politik dan pembangunan manusia.



Media Impact

Media Impact ialah syarikat pakar media dan perhubungan awam berpusat di Geneva, Switzerland – dengan pasukan pakar berbilang bahasa – dengan pengalaman yang luas dalam acara, hubungan media dan publisiti.

Gérard Sermier

Gerard merupakan Pengarah Urusan Media Impact, syarikat perhubungan media, dan sebahagian daripada Pasukan Media untuk Cabaran Antara Benua Webtel.mobi. Setelah bekerja untuk Radio Suisse Romande (RSR) sebagai juruhebah radio dan Swiss publisher Edipresse sebagai wartawan, belia beralih untuk mengejar kerjaya dalam perhubungan media. Setelah bekerja sebagai atase akhbar untuk syarikat multinasional selama beberapa tahun, beliau mengasaskan Media Impact, sebuah agensi perhubungan awam dan media di Geneva.

Fanny Eternod

Selepas menamatkan Sarjana Sastera dalam Kewartawanan di Universiti Lausanne, Fanny menyertai pasukan Media Impact dalam tahun 2006, dan sejak itu terlibat dalam menyediakan perkhidmatan perhubungan media antarabangsa kepada sebilangan klien dalam pelbagai negara.



Aline Casal

Selepas menamatkan Sarjana Sastera dalam Sains Politik di Universiti Geneva, Aline bertugas dalam jabatan perhubungan awam di sebuah bank swasta. Dari situ, beliau bekerja dalam jabatan komunikasi syarikat multinasional, sebelum menyertai Media Impact pada April 2008 sebagai atase akhbar.


 


ATAS

 

5. Penggambaran dan fotografi

 

Associated Press Television News (APTN)

APTN akan menerbitkan dan mengedar ke peringkat antarabangsa Hebahan Berita Video (VNR) terus ke dalam setiap bilik berita televisyen utama seluruh dunia secara serentak. Perkhidmatan lain termasuk penerbitan hebahan berita video dan pemprograman – di mana sahaja di dunia, menggunakan rangkaian krew kamera yang luas, kemudahan dan ruang satelit.

Bart Stobart (Penerbit))

Bart merupakan Pengurus Jabatan Perkhidmatan Korporat APTN, dengan pengalaman lebih sedekad menerbitkan dan mengedar video korporat dan siaran, bekerja dengan pelbagai bidang sektor awam, sektor swasta dan pelanggan antarabangsa seperti Shell, Suruhanjaya Eropah dan Price Waterhouse Coopers. Beliau telah bekerja dalam banyak negara di serata dunia merancang, menerbitkan, dan membuat liputan yang sangat luas dan rumit bagi pelbagai acara dan aktiviti.


Phil Hastie (Jurukamera)

Phil merupakan salah seorang jurukamera APTN yang paling berpengalaman – beliau telah bekerja dengan kebanyakan saluran antarabangsa dan merupakan seorang jurukamera lampu yang cemerlang serta seorang jurutera yang mahir. Dari Kabul ke Devon, Phil telah membuat liputan cerita serata dunia dan berpengalaman dalam fotografi udara setelah bekerja dalam siri pantai BBC.

Michael Pohl (Penerbit - Sepanyol)

Michael merupakan salah seorang rakan kongsi APTN yang paling dipercayai – jurukamera pelbagai kemahiran, beliau sudah biasa berada dalam pelbagai situasi dan pandai memanfaatkannya. Sama ada menerbitkan, membuat penggambaran atau menguruskan projek, semuanya teratur di tangan Michael, juga pernah bekerja dalam kedua-dua bidang korporat dan berita dan pernah berada di dalam zon yang bergolak.



Euro-Linx - sebahagian daripada kumpulan Alfacam

Euro Linx menghantar isyarat HDTV. Penerima RF (Frekuensi Radio) di dalam Beechcraft Super King Air yang dikendalikan oleh Euro Linx akan menerima isyarat dari kamera yang beroperasi di bumi dan dari kamera Cineflex HD yang dilekapkan pada helikopter Eurocopter. Isyarat dari Super King Air kemudiannya akan disiarkan ke trak OB (Outside Broadcast) di bumi di Sepanyol. Dalam trak ini, isyarat akan diadun dan kemudian disuapkan melalui ceper satelit ke satelit geopegun Eutelsat dan ke BT Tower di London. Stesen TV di seluruh dunia kemudiannya boleh mengambil isyarat ini secara percuma untuk program mereka.

Bruno Coudyzer

Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengurusan Alfacam Group NV dan Pengurus EuroLinx, sebahagian daripada Kumpulan Alfacam. Bruno menyertai Alfacam dalam tahun 2007, dan beliau ditugaskan untuk membangunkan dengan lebih lanjut aktiviti transmisi wayarles Kumpulan ini. Sebelum itu, beliau menimba pengalaman dalam penyiaran dan HDTV sebagai Pengurus Komersil dengan ASH Video Facilities, sebagai Pengurus Jualan dengan Lines Broadcast Systems dan sebagai Pengurus Projek dengan Outside Broadcast. Bruno ialah Pengurus Eksekutif Euro Linx yang menyelaraskan penggambaran secara langsung dan penghantaran futej melalui pemancar mikrogelombang dan Eutelsat. Bruno telah menguruskan banyak siaran langsung, dengan tema yang luas, di serata dunia.

Gerd Kaiser

Gerd akan mengarah penggambaran secara langsung Cabaran Antara Benua Webtel.mobi. Beliau dilahirkan di Jerman dan belajar kejuruteraan di universiti, berlatih selepas tamat pengajian dengan beberapa syarikat TV. Beliau pernah menjadi jurutera kawalan gambar, editor dan pengurus operasi teknikal di beberapa syarikat TV dan filem di Eropah dan telah bekerja sebagai pengurus projek di Alfacam Jerman sejak awal 2009.

Beliau telah bekerja dalam beberapa projek OB (Outside Broadcast) yang rumit, termasuk Piala Dunia 2002 di Jepun; Piala Dunia 2006 di Jerman; Euro 2008 di Austria dan Switzerland; Sukan Olimpik di Athens (2004), Torino (2006), Beijing (2008) dan juga Perlumbaan Udara Red Bull.

Sophie Van Bael

Sophie akan menyelaraskan logistik untuk pasukan penerbitan Alfacam/Euro Linx di Cabaran Antara Benua Webtel.mobi. Beliau merupakan graduan kewartawanan dan pernah bekerja sebagai pembantu penerbitan dan penyelidik di beberapa penerbitan televisyen Belgium dan Belanda sebelum menyertai bahagian perancangan Alfacam dalam tahun 2009.

 

Wim Robberechts & Co

Wim Robberechts & Co telah diasaskan dalam tahun 1984 dan mengkhusus dalam Penggambaran udara (HD, video, filem), Fotografi udara dan Video korporat. Kebanyakan penggambaran yang mereka lakukan adalah dengan sistem penstabilan giroskop. Ini membolehkan mereka mengambil gambar kalis gegar dengan telekanta yang berat.

Evert Cloetens

Evert ialah jurukamera udara pakar dari Wim Robberechts & Co, yang akan mengendalikan kamera Cineflex di dalam Helikopter Kamera. Beliau pernah bekerja di serata dunia dalam projek yang rumit dan mencabar untuk siaran langsung televisyen, dokumentari, acara sukan, komersil, filem dan rencana korporat. Kepelbagaian kerja, minat terhadap penerbangan dan keghairahan dalam seni perfileman telah menjadikannya jurukamera udara dan juruteknik yang serba boleh.

Frank Herzog Fotografie fuer Werbung

Frank Herzog Fotografie fuer Werbung merupakan syarikat pakar fotografi yang berpusat di Jerman, meliputi pelbagai disiplin fotografi pakar – termasuk fotografi udara. Syarikat ini akan mengambil fotograf pegun Cabaran – di kedua-dua tempat, bumi dan udara.

Frank Herzog

Frank merupakan jurugambar penerbangan dan aksi yang berpengalaman, yang juga pemilik Frank Herzog Fotografie fuer Werbung. Hasil kerja beliau pernah muncul di beberapa penerbitan antarabangsa yang terkemuka. Beliau akan mengambil fotograf pegun dan fotografi udara pegun di Cabaran Antara Benua Webtel.mobi. Sebelum menubuhkan syarikatnya sendiri, beliau mempelajari reka bentuk pengiklanan dan bekerja sebagai pengarah seni untuk Porsche Cars.


ATAS

 

6. Penstriman Internet

William Gets

Willian merupakan Ketua Visual Media untuk Webtel.mobi dan mempunyai lebih daripada sedekad pengalaman dalam bidang ini. Beliau pernah menguruskan beberapa projek media visual yang rumit dalam industri media dan pengiklanan. Beliau akan memantau siaran web global Cabaran Antara Benua Webtel.mobi dalam semua aspek, serta semua hal yang berkaitan dengan penjenamaan.

Brainstorm

Brainstorm merupakan agensi pengiklanan perkhidmatan penuh yang menyediakan perkhidmatan komunikasi korporat untuk pelanggan selama lebih sedekad. Brainstorm menyediakan pelbagai rekaan grafik, animasi dan perkhidmatan pembangunan web bahagian depan untuk Webtel.mobi.

 

Groovy Gecko and Sat Stream

Groovy Gecko dihormati sebagai pemimpin dalam bidangnya dan salah satu syarikat Penstriman Media paling berjaya di Eropah, memenangi anugerah perasmian "ISPA Best Streaming" pada tahun 2006. SatStream ialah kemudahan penyiaran standard terbesar di Eropah direka khusus untuk pemerolehan kandungan dari satelit dan penyiaran dengan Penstriman melalui internet.  Ia akan memaut turun isyarat dari satelit, menambah ulasan pelbagai bahasa, ditranskod dan diedarkan melalui CDN (Rangkaian Penghantaran Kandungan) Akamai Technologies.

Craig Moehl

Craig merupakan Pengarah Urusan Groovy Gecko dan SatStream.  Sebelum ini, Craig bekerja di McKinsey, dan kemudiannya sebagai Pengurus Operasi Eropah di MTV Networks. Craig mengasaskan Groovy Gecko pada November 1999. Pada tahun 2008, Craig telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij StreamingMedia.com yang mengiktiraf beliau sebagai salah seorang daripada 25 individu sedunia yang telah membentuk industri penstriman satelit dalam dekad sebelumnya.

Alan Mercer

Alan merupakan Pengarah Operasi di SatStream dan ialah profesional media dengan lebih 30 tahun pengalaman di dalam organisasi seperti BBC, EuroNews dan Al Jazeera, berkembang pada tahap pengurusan dalam persekitaran kejuruteraan, penerbitan dan media baru organisasi ini.

 

 

Akamai Technologies

Platform Penstriman Selamat Akamai membolehkan suapan video terkod dari acara Cabaran Antara Benua Webtel.mobi distrim secara langsung dari lokasi acara ke pengguna Internet.  Pendaftaran untuk menonton acara ini adalah percuma di http://challenge.webtel.mobii dan hanya memerlukan pengesahan alamat e-mel. Strim video secara langsung dengan ulasan pelbagai bahasa akan tersedia dalam pelbagai kadar bit dalam format flash dan pemain windows media, untuk keserasian merentas platform, membolehkan jutaan paparan strim Cabaran Antara Benua Webtel.mobi oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Isotoma

Isotoma merupakan syarikat pembangunan laman web terkemuka. Ia menyediakan sokongan teknikal kepada Webtel.mobi untuk laman web Cabaran dan penstriman acara video secara langsung, termasuk menyepadukan infrastruktur bahagian belakang Google App Engine dan Penstriman Selamat Akamai dengan bahagian depan laman web Cabaran. Isotoma bekerja berpandukan prinsip bahawa projek teknologi tidak perlu berlaku kesilapan. Memberi fokus kepada penglibatan pelanggan, mendengar kata pengguna sasarannya dan memastikan teknologi yang betul digunakan untuk masalah yang betul menjadikan setiap projek berjaya. Syarikat mempunyai pengalaman yang berdekad-dekad lamanya dalam mereka perisian dan penghantaran. Pengalaman mereka telah membuatkan mereka berkuasa dalam apa yang mereka lakukan.

Doug Winter

Doug merupakan Pengarah dan pemilik bersama Isotoma. Beliau ialah bekas Pengurus Teknikal BBC Online dan pengantara untuk semua projek yang bertujuan untuk dilancarkan pada platform memuncul BBC dan bertanggung jawab bagi kualiti dan pematuhan piawaian teknikal. Pada tahun 2000 Doug meninggalkan BBC untuk menyandang jawatan CTO dengan Business Europe, dan dari situ menjadi pengasas bersama Isotoma. Di Isotoma Doug memimpin seni bina penyelesaian, reka bentuk dan penghantaran.

Andy Theyers

Andy merupakan Pengarah dan pemilik bersama Isotoma. Beliau ialah bekas sebahagian dari pasukan pengurusan senior di UK systems integrator ioko365, di mana Andy menjadi Pengurus Senior Akaun Teknikal untuk beberapa klien terbesarnya, termasuk BSkyB, Kumpulan Royal Dutch/Shell dan EMI Music Di Isotoma Andy memimpin projek Plone yang dijalankan oleh syarikat, dan mengurus pembangunan perniagaan.

David Watson

David merupakan Pengarah dan pemilik bersama Isotoma. Dengan latar belakang dalam sistem Unix dan perangkaian IP, David pernah menjadi Arkitek Teknikal dengan penyepadu sistem ioko365 UK antara tahun 1996 dan 2004 dan bertanggung jawab untuk rekaan, perlaksanaan dan sokongan operasi bagi beberapa laman web berprofil tinggi di Eropah.  Pada tahun 2004 beliau mengasaskan firma pakar runding Securability yang telah memenangi anugerah, termasuk menghabiskan masa selama dua tahun memimpin pasukan pengujian tiada fungsi dalam talian di BSkyB dalam projek pelaksanaan CRM terbesar di Eropah.  Sebagai pengarah dan Ketua Pegawai Penyelidik Projek Honeynet, David juga merupakan penyelidik keselamatan komputer yang aktif dan biasa memberi taklimat kepada kerajaan, agensi ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di UK dan AS. Di Isotoma David memimpin pasukan teknikal yang membina infrastruktur teknikal untuk acara penstriman cabaran.

Francois Jordaan

Francois merupakan Pengarah Pengalaman Pengguna di Isotoma. Sejak 1996 Francois telah bekerja sebagai arkitek maklumat dan pereka interaksi, mereka laman web dan aplikasi web berskala besar dan kaya fungsi. Beliau menjadi ketua IA dalam banyak akaun korporat utama, dan sejak tahun 2007 Francois bertanggungjawab melaksanakan laman web mudah akses, reka bentuk terangkum untuk projek Isotoma.

Webtel.mobi

Untuk memastikan Cabaran Antara Benua Webtel.mobi boleh disiarkan di web kepada seberapa banyak penonton yang boleh. Webtel.mobi telah melaksanakan penstrukturan di mana penghantaran strim disokong oleh Akamai Teknologies dan Google App Engine.

Google App Engine

Google’s App Engine digunakan untuk menghantar strim boleh skala dan dipacu prestasi. Halaman Java dan JSP digunakan untuk memberi maklumat kepada orang awam tentang acara Cabaran Antara Benua Webtel.mobi dan untuk menyokong pendaftaran dari seluruh dunia untuk menonton secara langsung dan penstriman internet atas permintaan untuk acara secara langsung.

 


ATAS

 

7. Siaran Radio



Radio WKZL 107.5

WKZL 107.5 ialah Stesen Radio di Amerika Syarikat yang akan menyiarkan petikan Cabaran secara langsung dalam Rancangan Paginya. Stesennya boleh didengari di radio dan seluruh dunia di internet melalui penstriman secara langsung di www.1075kzl.com. WKZL 107.5 ialah stesen Mainstream Top 40 yang dilesenkan kepada Winston-Salem, Carolina Utara dan memberi perkhidmatan di kawasan Piedmont Triad, termasuk juga Greensboro dan High Point. Stesen tersebut, yang dimiliki oleh Dick Broadcasting, juga ialah tempat bermulanya rancangan #1 Murphy in the Morning Show.

Josh Anderson

Josh merupakan penyampai bersama program pagi di stesen radio 107.5 WKZL  di Amerika Syarikat. Beliau akan melakukan siaran radio Cabaran secara langsung. Josh ialah penyiar radio berpengalaman, dan penulis lagu dan menjadi kegemaran peminat bertahun lamanya dengan lagu-lagu gurauan lucu dan parodinya.

Jared Pike

Jared merupakan penyampai bersama program pagi di stesen radio 107.5 WKZL di Amerika Syarikat. Beliau akan menjadi penyampai bersama siaran radio Cabaran secara langsung. Jared memulakan kerjaya penyiarannya di 107.5 WKZL, dan telah menjadi penyiar bersama dalam rancangan pagi mewawancara personaliti terkenal kerajaan, hiburan dan sukan – Termasuk Barack Obama, Bill Clinton, dan Dick Vitale dari ESPN.


ATAS

 

8. Strategi Komuniti Dalam Talian

Unruly Media

Unruly Media merupakan firma pemasaran media sosial khusus dalam pengedaran kandungan berjenama. Mereka akan membantu menguar-uarkan Cabaran di Twitter, sebelum acara dan pada hari acara tersebut, dan akan menganjurkan pertandingan video viral bersama Zooppa.

Scott Button

Scott merupakan CEO Unruly Media. Beliau mempunyai sembilan tahun pengalaman dalam perkhidmatan pemasaran digital dan perisian. Sebelum menubuhkan Unruly Media pada tahun 2006, beliau merupakan CEO Connextra, firma layanan iklan dan analisis dalam talian UK bersandarkan usaha niaga, yang dipimpinnya sehingga tahun 2005 apabila firma tersebut dijual. Beliau memegang MA daripada Cambrige dan Bphil daripada Oxford, kedua-duanya dalam jurusan falsafah, dan sebelum itu bekerja untuk seketika di Dewan Rakyat dan di firma McKinsey & Co.

Sarah Wood

Sarah merupakan Pengarah Operasi Unruly Media. Beliau menjaga rangkaian penerbit Unruly Media yang sedang berkembang. Beliau menulis dan bekerja dengan pengarang dan penerbit selama banyak tahun. Beliau memegang MA daripada Cambridge dan PhD daripada UCL, kedua-duanya dalam bidang kesusasteraan Amerika, dan ketika ini sedang menulis novel mengenai wabak Demam Kuning Pennsylvania 1793. Sebelum menubuhkan bersama Unruly Media, beliau merupakan Pensyarah dan Fellow Leverhulme di Universiti Sussex.



Zooppa

Zooppa, sumber utama di dunia bagi pengiklanan dijana pengguna, akan menganjurkan pertandingan pembikinan video tentang Cabaran. Zooppa membolehkan jenama berhubung terus dengan pelanggan masing-masing dan dengan komuniti kreatif yang lebih besar untuk menghasilkan iklan yang menambat perhatian. Zooppa ialah platform media-sosial yang menyediakan sumber kerumunan orang yang terbaik. Kempen terbaru Webtel.mobi bersama Zooppa menghasilkan 174 viral video yang menarik, memeranjatkan dan kreatif dari seluruh dunia, yang telah memecahkan semua rekod Zooppa yang terdahulu.


Wil Merritt

Wil merupakan CEO Zooppa. Berpusat di Seattle, USA, Wil dan pasukan global Zooppa menerajui revolusi pengiklanan dijana pengguna. Wil ialah bekas Presiden dan Penerbit majalah TIME edisi Eropah. Beliau juga bekerja sebagai Naib Presiden Kanan di Corbis, syarikat media digital peribadi Bill Gates. Zooppa bekerja dengan jenama peneraju dan agensi pengiklanan mereka untuk menghasilkan pengiklanan yang sangat menarik melalui komuniti kreatif global mereka.





ATAS

 

9. Perlindungan, Keselamatan, Mencari & Menyelamat dan Logistik

GCE Consultants

Perunding GCE menyediakan langkah keselamatan, logistik dan perkhidmatan hubungan untuk Cabaran. Ia adalah Syarikat Pakar Keselamatan dan Pengurangan Risiko Operasi dengan jangkauan seluruh dunia. Beroperasi dari pejabat di pelbagai lokasi di seluruh dunia, syarikat ini menyediakan perkhidmatan ini kepada pangkalan pelanggan Antarabangsa yang berbeza.

Garth Eloff

Garth ialah Pengarah Operasi Perunding GCE. Beliau akan mengetuai pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) untuk Cabaran Antara Benua.  Garth ialah Pengendali Gerak Khas yang telah bersara, dan meneruskan kejayaan kerjayanya dalam Gerak Khas, beliau membentuk Perunding GCE. Beliau dan syarikatnya telah menjalankan pelbagai aktiviti pakar keselamatan di peringkat antarabangsa dengan jayanya.

Cathy Eloff

Cathy merupakan Pengarah Urusan Perunding GCE. Beliau akan menjadi Komander Darat untuk Cabaran tersebut. Cathy merupakan Pegawai Perisik Tentera yang telah bersara dan meneruskan kejayaan kerjayanya dalam Ketenteraan, beliau membentuk Perunding GCE bersama-sama dengan Garth Eloff. Beliau dan syarikatnya telah menjalankan pelbagai aktiviti pakar keselamatan di peringkat antarabangsa dengan jayanya.

Dr José Manuel Gutierrez.

Dr Gutierrez akan menjadi doktor trauma kecemasan di dalam helikopter Mencari dan Menyelamat, Falcon 1. Beliau mempunyai ijazah perubatan dan juga merupakan pakar bedah bertauliah. Beliau telah bekerja sebagai doktor kecemasan dalam unit helikopter sejak tahun 2005 dan merupakan Pengarah Perubatan Inaer Helicopters.

 

Pengawal Pantai Sepanyol
(Agensi Keselamatan dan Penyelamat Maritim)

Agensi Penyelamat Maritim Sepanyol telah menerima Dokumen Makluman mengenai Cabaran, dan menempatkan unit Mencari dan Menyelamat maritim di pelabuhan kawasan tersebut, bersedia untuk sebarang kecemasan di laut, termasuk bot laju berukuran 15 meter panjang, dan satu lagi berukuran 21 meter panjang. Agensi Mencari dan Menyelamat Maritim Sepanyol menggaji lebih daripada 1,500 warga profesional yang memberi khidmat 24 jam sehari, 365 hari setahun. Sumber yang dimiliki Agensi Penyelamat Maritim telah ditempatkan dengan strategik di sepanjang hampir 8,000 kilometer pesisiran pantai Sepanyol termasuk 16 kapal penyelamat, 55 kapal intervensi pantas (Salvamares) dan 9 helikopter mencari dan menyelamat. Kesemua unit ini telah direka bentuk untuk kerja-kerja menyelamat maritim dan operasi memerangi pencemaran; ia dikendalikan oleh pakar dan disediakan dengan sumber teknikal yang maju.


ATAS

 

10. Sokongan Meteorologi

Meteo France

Meteo France dikenali sebagai salah satu pusat kecemerlangan dalam meteorologi di dunia, menggunakan teknologi satelit terkini dan superkomputer untuk menyediakan ramalan yang tepat. Ia berpengalaman terutama sekali dalam menyediakan maklumat cuaca untuk sektor penerbangan.

Sylvain Mondon

Sylvain merupakan ahli meteorologi dan jurutera yang dianggap pakar dalam ramalan marin dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam perkhidmatan sokongan meteorologi untuk acara awam dan penyokongan acara.

 

Jean-Philippe Desbios

Jean-Philippe merupakan jurutera meteorologi dan pakar yang dikenali dalam ramalan penerbangan dan penyokongan acara.

 

 




ATAS


11. Penterjemahan Bahasa

Langauge Inc.

Language Inc. bertanggungjawab menterjemahkan laman web Cabaran Antara Benua Webtel.mobi dalam 20 bahasa. Language Inc mendapatkan khidmat lebih daripada 2,000 penutur bahasa ibunda profesional untuk menyediakan perkhidmatan menterjemah, menyunting, membaca pruf, menyusun iklan, transkripsi dan interpretasi dalam semua bahasa utama.

Dr. Nico Nortjé

Nico merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Language Inc. Beliau mempunyai Ijazah B.Soc.Sc; B.Soc.Sc (Hons); MA (Psyc); D.Phil dan fasih dalam pelbagai bahasa

 




ATAS

 

 
 
English Italian French German Dutch Spanish Portuguese Polish Russian Portugese Turkish Arabic Urdu Chinese Hindi Japanese Vietnamese Indonesian Malaysian KoreanTagalog