|
|
Untuk melaksanakan Cabaran dan untuk menyiarkannya secara langsung ke luar negara, serta ke stesen TV, memerlukan perancangan yang terperinci dan rumit dan pelbagai peralatan dan kakitangan khusus – semuanya bekerja bersama-sama sebagai satu kumpulan.
Menggunakan kaedah Abad ke-21 yang sama, prinsip perancangan tanpa sempadan dan tiada batasan – di mana batasan geografi, nasional atau struktur adalah rekaan, ketinggalan zaman dan membatas yang ditinggalkan dalam menyokong kecemerlangan peribadi atau korporat di mana jua ia wujud, Webtel.mobi telah mengumpulkan kumpulan syarikat multinasional dan individu dari sepuluh negara – semuanya adalah yang terbaik di dunia dalam tugasan khusus mereka.
Bekerja di bawah arahan Webtel.mobi, kumpulan gabungan ini akan melaksanakan, merakamkan dan menyiarkan Cabaran dari lokasi Cabaran dan sepuluh negara lain secara serentak – menyiarkannya ke 200 negara, dalam format pelbagai bahasa, menerusi internet dan di televisyen, melalui satelit dan suapan daratan.
Ringkasan gambaran keseluruhan peralatan yang digunakan untuk melaksanakan dan menyiarkan Cabaran adalah seperti yang berikut:

1. Kumpulan Udara
A. Helikopter Mencari dan Menyelamat – (Falcon 1)

Kumpulan Mencari dan Menyelamat akan dibawa dengan helikopter enjin berkembar Bell 412. Pesawat ini ialah salah satu sistem pilihan bagi organisasi Mencari dan Menyelamat di seluruh dunia. Dengan dua enjin, helikopter ini diperakui selamat dikendali atas air.
Ia adalah pembangunan Bell 212 atau Twin Huey, ia pula adalah pembangunan enjin berkembar helikopter utiliti AS yang terkenal yang dikenali sebagai Huey. Bell 412 berbeza daripada 212 kerana ia dipasangkan dengan rotor empat bilah prestasi tinggi yang diperbuat daripada bahan komposit. Kumpulan INAER memiliki 24 unit pesawat kuda beban ini.
Bel 412 yang akan menjadi sebahagian daripada kumpulan udara Cabaran Antara Benua Webtel.mobi dilengkapkan dengan win luar. Ini akan membantu kumpulan penyelamat khusus sekiranya operasi Mencari dan Menyelamat diperlukan. Orang boleh diturunkan ke laut, dan ditarik ke atas keluar dari gelombang dengan win, jika terdapat kecemasan.
Bell 412 Data Bell |
| Panjang: |
15.11 m |
| Berat: |
Berat berlepas maksimum 5 398kg |
| Enjin: |
Pratt & Whitney PT6T-3D Twin Pac |
| Kelajuan Maksimum: |
246km/j |
| Jarak: |
784km |
| Lelangit: |
3 500m |

B. Helikopter Kamera – (Falcon 2)
Eurocopter AS355N akan membawa kamera Cineflex penstabilan giro yang dilekap di bawah muncungnya, yang akan merakamkan bahagian penerbangan acara ini.
Kamera Cineflex ialah peranti perakam visual canggih yang digunakan dalam pelbagai aplikasi, daripada wayang gambar besar kepada tugas penguatkuasaan undang-undang. Pelekap distabilkan pada lima paksi dan kamera memberikan imej definisi tinggi. Sistem Cineflex dikendalikan di dalam pesawat oleh juruteknik pakar, yang boleh mengawal kamera melalui kawalan jauh.
Walaupun lebih ringan daripada Bell 412, Eurocopter AS355N juga mempunyai dua enjin dan keupayaan kelajuan yang amat tinggi.
Jadual Data Eurocopter AS355N |
| Panjang: |
12.94 m |
| Berat: |
Berat berlepas maksimum t 2 600kg |
| Enjin: |
2 x aci turbo Turbomeca Arrius 1A |
| Kelajuan Maksimum: |
278km/j |
| Jarak: |
650km |
| Lelangit: |
6 000m |

C. Helikopter Kakitangan – (Falcon 3)

Helikopter yang digunakan untuk mengangkut kakitangan acara ialah satu lagi Bell 412, serupa dengan helikopter Mencari dan Menyelamat.
Bell 412 akan digunakan untuk membawa kakitangan acara dari Maghribi ke Sepanyol dan mungkin digunakan untuk kerja penggambaran tambahan. Helikopter laju seperti ini diperlukan untuk memastikan kakitangan penting boleh dibawa dari Titik Jatuh ke Zon Mendarat.
Jadual Data Bell 412 |
| Panjang: |
15.11 m |
| Berat: |
Berat berlepas maksimum 5 398kg |
| Enjin: |
Pratt & Whitney PT6T-3D Twin Pac) |
| Kelajuan Maksimum: |
246km/j |
| Jarak: |
784km |
| Lelangit: |
3 500m |

D. Sayap berkuasa jet

Sayap ini diperbuat daripada gentian karbon kualiti aeroangkasa. Ini adalah untuk keringanan dan kekuatan. Sayap ini seberat kira-kira 30 kilogram dalam keadaan “kering“ dan hanya di bawah 60 kilogram dengan muatan bahan api kira-kira 30 liter. Gentian karbon juga memberikan kekuatan yang jauh melampaui kekuatan keluli yang sama beratnya.
Sayap ini mempunyai bidang 2.5 meter dan lebih kurang 1.8 meter lebar pada titik tengahnya, dengan ketinggian keseluruhan (pada bahagian boleh gerak) 0.35 meter.
Ia dikuasakan oleh empat enjin jet Jet-Cat P200 yang setiap satunya menghasilkan 22 kilogram tujahan, mempunyai sistem mula automatik dan berfungsi dengan bahan api iaitu campuran bahan api jet kerosin (95%) dan minyak turbin (5%) untuk pelinciran.
Sayap ini terbang pada kelajuan purata 200km/j dan apabila menaik 180km/j, semasa menjunam boleh mencapai setinggi 300km/j. Kadar naik ialah 300 meter seminit.
Untuk keselamatan, sayap ini dilengkapi dengan sistem tutup enjin automatik sekiranya berlaku kecemasan. Ia juga dipasang dengan payung terjun yang akan mengatur kedudukan dalam keadaan kecemasan untuk membawa sayap ini ke bumi dengan selamat.
Sayap dipandu oleh pergerakan tubuh juruterbang, yang juga mempunyai kawalan pendikit untuk memecut enjin.
Jadual Data Sayap Jet |
| Panjang: |
1.80 m |
| Berat: |
30kg (kering) 60kg (dengan bahan api) |
| Enjin: |
4 x JetCat P22,tujahan keseluruhan 88kg |
| Kelajuan Maksimum: |
300km/j |
| Jarak: |
45km |
| Lelangit: |
2 500m |

E. Pesawat Pelancar – (Eagle1)

Pilatus PC-6 ialah pesawat pelancar, yang Pencabar akan keluar darinya untuk memulakan Cabaran Antara Benua Webtel.mobi. Pelancaran akan mengambil tempat pada anggaran 6,500 kaki atas paras laut.
PC-6 merupakan pesawat yang tahan lasak dan serba boleh STOL (Pelepasan dan Pendaratan Pendek) yang telah digunakan di seluruh dunia dalam pelbagai peranan. Ia boleh berada di udara dalam 195 meter dan mendarat dalam 130 meter sambil membawa muatan 1,500 kilogram. Pilatus PC-6 memegang rekod dunia bagi pendaratan tertinggi oleh pesawat sayap tetap, pada 5,750 meter di atas glasier Dhaulagiri di Nepal.
Ia sesuai khususnya sebagai platform untuk mengatur kedudukan sayap jet. Ia boleh terbang dengan amat perlahan (sehingga 100km/j) anda mempunyai pintu yang luas yang memudahkan proses masuk dan keluar.
Jadual Data Pilatus PC-6 |
| Panjang: |
11.00 m |
| Berat: |
Berat berlepas maksimum 2 770kg |
| Enjin: |
Turboprop Pratt and Whitney Canada |
| Kelajuan Maksimum: |
244km/j |
| Jarak: |
1 612km |
| Lelangit: |
8 200m |

F. Pesawat Pemancar –
(Eagle 2)

Pesawat bertekanan ini akan terbang “liputan atas” untuk kumpulan udara Cabaran Antara Benua Webtel.mobi di bawah dan peranan utamanya adalah untuk menghantar isyarat pemancaran radio mikrogelombang imej penyiaran daripada helikopter kamera AS355N dan kamera Sony HD di bumi ke trak penyiaran yang akan diletakkan di Zon Pendaratan di Sepanyol.
Beechcraft Super King Air ini telah diubah suai khusus untuk digunakan sebagai platform untuk menghantar isyarat daripada kamera yang membuat liputan acara ini. Ia dipasang dengan berbilang antena, termasuk joran antena yang boleh dipanjangkan, yang direka bentuk khusus dan diperakui, sepanjang dua meter dan diaturkan kedudukannya secara mekanikal dari bawah perut pesawat.
Pesawat juga mempunyai pod lut sinar frekuensi radio yang ditempah khas – dan diperakui – di bawah fiuslaj (yang menyerupai pod kargo dalam pesawat lain). Pod ini mengandungi peralatan penerimaan dan pemancaran yang amat sensitif. Ia membawa empat krew untuk misi ini.
Famili Super King Air dikeluarkan berterusan sejak tahun 1974, jalanan pengeluaran paling lama bagi mana-mana pesawat turboprop awam dalam kelasnya. Ia tahan lebih lama daripada pesaing terdahulunya. Lebih daripada 6,600 unit telah dibekalkan kepada pelanggan di seluruh dunia.
Jadual Data Beechcraft Super King B200 |
| Panjang: |
13.34 m |
| Berat: |
Berat berlepas maksimum 5 670kg |
| Enjin: |
2 x turboprop Pratt & Whitney Canada PT6A-42 |
| Kelajuan Maksimum: |
545km/j |
| Jarak: |
3 338km |
| Lelangit: |
10 700m |

ATAS

2. Peralatan Kamera dan Penyiaran
A. Kamera
Sony HDW 730S Definisi Tinggi

Kamera standard penyiaran dikendalikan oleh Associated Press Television News (APTN). Ia akan dihubungkan kepada pesawat geganti oleh pemancar frekuensi Radio Gigawave.
Kamera ini akan digunakan untuk memvideokan acara di bumi sebelum berlepas untuk memulakan Cabaran, juga acara di Zon Mendarat di Sepanyol.
Sewaktu ini dilakukan, pemancar Gigawave yang terpasang di belakang kamera akan menghantar isyarat ke atas ke helikopter kamera, yang akan menghantar pula isyarat itu ke pesawat geganti yang mengorbit, yang akan mengarahkan isyarat ke trak OB (Outside Broadcast) di bumi di Sepanyol.
Jadual Data Sony HDW 730S |
| Mod pemerolehan gambar: |
1080/50i dan 1080/54.94i |
| Penderia: |
0.8sm, 2.2 juta piksel |
| Nisbah isyarat-hingar: |
54dB |
| Lorekan menegak: |
-135dB |
| Berat: |
5.4 kg |

Cineflex HD V14
Sistem kamera penstabilan giro yang dilekapkan pada Eurocopter AS355N. Dilekapkan pada tapak boleh tanggal khas, diluluskan keselamatan penerbangan, pada muncung helikopter, kamera Cineflex akan membuat penggambaran semua segi Cabaran di udara dan dari udara. Ia boleh berpusing hingga 360 darjah dan boleh menyondong ke atas pada sudut 25 darjah.
Jadual Data Cineflex HD V14 |
| Kelajuan pengendalian maksimum: |
320km/j |
| Lebar: |
37 sm |
| Berat: |
32 kg |
| Kanta zum: |
Fujinon sehingga 1,140mm panjang fokus |
| Gimbal: |
penstabilan giro lima paksi |

Kamera LDK 6000 Triax Thomson
Kamera HD kualiti studio LDK 6000 Thomson akan dilekapkan pada tripod di Zon Pendaratan, untuk merakamkan kumpulan Cabaran apabila mereka mendekati Sepanyol melalui udara.

Dipasang dengan kanta zum, kamera boleh mula membuat penggambaran dalam definisi tinggi dan dengan syot dekat sementara Kumpulan Cabaran masih berada beberapa kilometer jauhnya, dan mengekori mereka sepanjang perjalanan sehingga pendaratan. Ia juga akan disediakan kepada ahli media untuk wawancara langsung selepas pendaratan.
LDK 6000 akan dihubungkan terus ke trak OB (Outside Broadcast) yang akan diletakkan berhampiran dengan Zon Pendaratan.
Jadual Data LDK 6000 Thomson |
| Kuasa: |
Triax atau DC 12V |
| Berat: |
4.3 kg |
| Dimensi: |
214 mm (H) x 125 (W) x 241 (L) |
| Sistem optik: |
F1.4 Prisma |
| Penapis pembetulan warna: |
Elektronik |
| Peranti pungut: |
3 x 2/3" 16:9 HD-DPM+ CCD |
| Unsur gambar: |
9.2 juta piksel |
| Lorekan: |
Tiada lorekan menegak |
| Kepekaan: |
2000 lux F9 |
| Nisbah S/N dalam isyarat Y: |
55 dB tipikal |
| Kedalaman modulasi: |
55% @ 27 MHz |

Kamera pegun dan Kanta
Jurugambar penerbangan Frank Herzog, yang akan membuat penggambaran imej fotografi pegun di Cabaran Antara Benua Webtel.mobi, menggunakan kamera SLR (pantulan kanta tunggal) digital Canon EOS 1D Mark3, berserta peralatan fotografi udara khusus yang lain dan teknik yang lain. Beliau juga menggunakan kanta zum f2.8 70-200mm Canon, kanta zum 35-70mm Canon dan kanta f2.8 300m panjang fokus tetap.
Jadual Data Canon EOS 1 D Mark 3 |
| Piksel berkesan: |
21 juta |
| Pengkadaran ISO: |
100 hingga 3,200 |
| Kelajuan minimum pengatup: |
30 saat |
| Kelajuan maksimum pengatup: |
1/8000 saat |
| Pemacuan selanjar: |
Maksimum 10 bingkai sesaat |
| Berat: |
1.335kg |


Jadual Data Kanta zum Canon 70-200m |
| Julat panjang fokus: |
70-200mm |
| Sudut Pandangan: Pepenjurul: |
34° – 12° |
| Sudut Pandangan: Mendatar: |
29° – 10° |
| Sudut Pandangan: Menegak: |
19°30' – 7° |
| Kanta / Kumpulan: |
23/18 |
| Julat Apertur - Lebar / Panjang: |
f/2.8-32 |
| Bilangan Bilah Apertur: |
8 |
| Apertur Bulat?: |
Y |
| Berat: |
1.1kg |


Jadual Data Canon EF 24-70mm F2.8L USM |
| Apertur minimum: |
22 |
| Apertur maksimum: |
2.8 |
| Jar fok min: |
0.38m |
| Diameter penapis: |
77mm |
| Lekapan: |
canon ef |
| Dimensi: |
83,2 x 123,5mm |
| Berat: |
950g |


Jadual Dat Canon 300mm f2.8 |
Spesifikasi |
Kanta Canon EF 300mm f/2.8 L IS USM |
| Julat Panjang Fokus: |
300mm |
| Sudut Pandangan: Pepenjuru: |
8°15' |
| Sudut Pandangan: Mendatar: |
6°50 |
| Sudut Pandangan: Menegak: |
4°35' |
| Kanta / Kumpulan: |
17/13 |
| Julat Apertur - Lebar / Panjang: |
f/2.8-32 |
| Bilangan Bilah Apertur: |
8 |
| Berat: |
3.8kg |

B. Perakam
Sony HDW-S280
Terdapat dua perakam di dalam helikopter kamera yang mempunyai keluaran definisi tinggi dan standard. Ia akan digunakan untuk merakam futej Cabaran dalam definisi tinggi (yang boleh juga dipinda kepada definisi standard jika diperlukan).
Jadual Data Sony HDW S280 |
| Kuasa: |
AC atau DC |
| Penggunaan kuasa: |
80W |
| Berat: |
6 kg |
| Format main semula: |
HD/Betacam/Betacam SP/Betacam SX |
| Masa main semula: |
Sehingga 62 minit |

C. Monitor
Sony LMD-9050

Perakam ini berfungsi bersama dengan monitor LCD 20 sm Sony LMD-9050, yang juga dilekapkan di dalam helikopter. Monitor ini membolehkan pengendali kamera melihat imej dalam masa sebenar dan melaraskan pergerakan kamera Cinflex melalui kawalan jauh.
Jadual Data Sony LMD-9050 |
| Saiz monitor: |
20 sm |
| Kuasa: |
AC atau DC |
| Format: |
HD/SD |

TOP

3.Pemancaran
A. Pemancar RF Gigawave

Untuk pemancaran utama isyarat dari kamera bumi ke helikopter, Gigawave D-cam Clip-on melekap terus ke kamera dan memancarkan maklumat dari sana kepada penerima di dalam helikopter penerima. D-Cam Clip-on direka bentuk untuk digunakan dengan format Definisi Standard dan Tinggi, untuk aplikasi penyiaran luar dan untuk kerja studio. Ia berkualiti dan andal.
Jadual Data Gigawave D-Cam Clip-on |
| Jalur frekuensi: |
1.3 - 7.5GHz |
| Julat penalaan: |
300 MHz |
| Kuasa pemancaran: |
100mW |
| Pengkadar data: |
4.98 - 31.7 Mbits/s |

B. Pemancar dan penerima RF
Terdapat pelbagai jenis peranti ini di dalam helikopter kamera dan di dalam Super King Air. Antena khusus pada Super King Air akan memungut isyarat RF dan kemudian memancarkannya melalui pemancar RF kepada trak OB (Outside Broadcast) di bumi.

C. Meja pengadunan Audio Outside Broadcast (OB) - Lawo
Pandangan Bahagian Luar
Dua trak OB (Outside Broadcast) akan diletakkan berhampiran dengan Zon Pendaratan di Sepanyol. Kedua-duanya lengkap untuk menerima isyarat RF dari Super King Air, mengadunnya, menyunting imej dan kemudian lalu naik ke satelit.
Pandangan Bahagian Dalam

Satu trak akan disediakan oleh Euro-Linx dan akan dihubungkan dengan kabel ke trak lain yang disediakan oleh APTN. Euro-Linx dan pengarahnya akan mengurus bahagian siaran langsung penyiaran, sementara APTN akan menyediakan Video Siaran Berita (VNR) untuk pengedaran merentasi rangkaian global mereka.
Suit peralatan di dalam trak OB termasuklah:
Pengadun video – Thomson Kayak 200

Pengadun atau penukar video digunakan untuk memilih antara beberapa sumber video berbeza dan dalam sesetengah keadaan mengkomposit (campur) sumber video dan menambah kesan khas..
Meja pengadunan audio - Lawo MC²66

Ini mempunyai 512 saluran DSP dan 144 bas penjumlahan yang menjamin kuasa maksimum, sementara pemprosesan isyarat mutu tinggi memastikan kepersisan maksimum. Falsafah pengendalian yang baru diwujudkan, “tugaskan di destinasi” membenarkan campur tangan pantas dan selamat juga dalam keadaan langsung yang kritikal.
Jadual Data Trak OB |
| Buatan: |
Volvo |
| Kuasa: |
250kW |
| Dimensi: |
14.0m x 2.5m x 4m |
| Berat kasar: |
14 tan |
| Kapasiti kamera: |
12 kamera |


Satelit Eutelsat akan digunakan untuk memancarkan futej Cabaran ke BT Tower di London, di mana ia akan dilencongkan ke pengekod untuk strim langsung internet terbuka, terus ke penyiar pihak ketiga untuk siaran langsung acara ini. Ia akan juga digunakan untuk wawancara langsung pascaCabaran.
Eutelsat Communications berpusat di Paris dan mengendalikan 27 satelit dalam 22 kedudukan dalam orbit geopegun dan merupakan satu daripada tiga pengendali teratas di dunia bagi membekal perkhidmatan satelit tetap. Siaran saluran televisyen melalui satelit Kumpulan ini berlebihan sebanyak 3,200. Perkhidmatan Eutelsat boleh didapati di lebih daripada 150 negara.


BT Tower akan menerima futej langsung Cabaran dari Eutelsat, yang kemudiannya akan dilencongkan dari BT Tower ke penyiar pihak ketiga untuk siaran langsung acara ini.
BT Tower ialah menara berketinggian 189m di London yang dibina untuk menempatkan aerial untuk penerimaan isyarat radio mikrogelombang. Struktur yang tinggi seperti BT Tower diperlukan untuk penerimaan isyarat radio, kerana ini secara amnya bergantung kepada hubungan garis pandang.
Jadual Data BT Tower |
| Lokasi: |
60 Cleveland Street, Fitzrovia, London |
| Arkitek: |
Eric Bedford dan G. R. Yeats |
| Kos: |
Paun 2.5 juta (mata wang 1961) |
| Siap: |
Julai 1965 |
| Ketinggian: |
Struktur utama 177 meter; struktur dengan aerial 189m |

TOP

4. Penstriman Internet
Isyarat penyiaran Cabaran yang dihantar ke Eutelsat akan diterima melalui ceper satelit daratan, dan kemudian dinyahkod, diedarkan, dianalisis, dikod dan distrim ke internet melalui sambungan selamat berkelajuan tinggi.
Sebahagian daripada peralatan yang akan digunakan untuk siaran web langsung ialah seperti yang berikut:-
A. Bilik kawalan
Untuk pengurusan pensuisan, pengawasan dan produksi terpusat isyarat masuk audio dan video, selitan ulasan tempatan, pengekodan dan penghantaran seterusnya ke internet.

B. Ceper satelit

Penerimaan isyarat siaran dari satelit Eutelsat adalah melalui ceper mampu kendali 2.4m Ku dan ceper tetap 1.8m

C. Penerima-penyahkod Tandberg
Alat ini menerima dan menyahkod isyarat satelit Eutelsat yang diterima oleh ceper satelit di atas.

D. Penganalisis Spektrum HP 8560A
Alat ini menganalisis isyarat masuk dari satelit membolehkan pengoptimuman suapan langsung khusus ini.

E. Pengawas bentuk gelombang Tektronix WVR6100AD

Pengawas bentuk gelombang dan pembuat raster membolehkan pengesahan terperinci kualiti kandungan audio dan isyarat video yang masuk. Bagi siaran web Cabaran, peralatan tersebut membolehkan staf operasi menentusahkan kepatuhan dan kualiti kandungan yang masuk.

F. Pelayan untuk pengekodan

Pelayan SuperMicro berkuasa ini dilengkapi dengan kad antara muka pemerolehan Viewcast SDI Osprey 530 AV. Peranti digital kualiti penyiaran menjalankan fungsi penangkapan dan pengekodan sebelum kandungan langsung Cabaran Antara Benua Webtel.mobi diedarkan ke internet - dalam hal ini melalui Akamai CDN (Rangkaian Pengedaran Kandungan).
Untuk pengurusan pengawasan terpusat dan adunan isyarat masuk audio dan video, selitan data suara pengulas, pengekodan dan penghantaran seterusnya ke internet.
Akamai Technologies mempunyai kira-kira 50,000 pelayan diatur kedudukannya di lebih daripada 2,000 lokasi di 72 negara serata dunia, yang bermakna Akamai Edge Platform dengan mudah dapat menampung trafik puncak pelanggan. Kepintaran rangkaian Akamai mengesan bila trafik bertambah dan secara automatik mengimbang beban trafik antara pelayan dan pusat data yang paling sesuai untuk memberi khidmat kepada setiap pengguna. Keputusan pengimbangan beban dinamik dibuat berdasarkan analysis masa sebenar lokasi pengguna, keadaan internet masa sebenar, beban dan kapasiti infrastruktur pelayan dan pusat data.
Setiap permintaan pelanggan akhir bagi www.webtel.mobi dipetakan secara dinamik ke pelayan pinggir Akamai melalui DNS pintar Akamai. Sebaik sahaja menerima permintaan untuk kandungan, pelayan Edge akan mendapatkan kembali kandungan yang sesuai (halaman HTML, imej, dokumen, dsb.) dari cache tempatan atau dari tempat asalnya jika kandungan tak boleh dicache, menggunakan ciri yang dipilih oleh pelanggan, menjalankan mana-mana pemprosesan pinggir yang bersesuaian, dan akhirnya menghantar kandungan yang terhasil kepada pengguna yang memintanya

ATAS

5. Peralatan Mencari dan Menyelamat
A. Helikopter Mencari dan Menyelamat

Helikopter Mencari dan Menyelamat Bell 412 akan membawa dua pengendali Gerak Khas terlatih dalam mengatur kedudukan dari pesawat udara, berenang di laut, menyelamat di laut dan mengendalikan win. Mereka akan masuk ke dalam laut jika terdapat kecemasan. Mereka juga boleh mengatur kedudukan rakit penyelamat jika ini diperlukan.
Isyarat tangan akan menjadi bentuk utama komunikasi antara perenang Mencari dan Menyelamat dan jurutera penerbangan di dalam helikopter. Jurutera penerbangan akan juga mengurus dan mengawal pengangkat/win .


The Spanish Maritime Rescue Agency has received an Advisory Document regarding The Challenge, and has Search and Rescue maritime units in the ports of the area prepared for any emergency at sea, including a fast action boat of 15 metres in length, and one of 21 metres in length. The Spanish Maritime Safety and Rescue Agency employs over 1,500 professionals who provide the service 24 hours a day, 365 days a year. The resources that belong to the Maritime Rescue Agency have been strategically placed along the almost 8,000 kilometres of the Spanish coastline and include 16 rescue vessels, 55 fast intervention vessels (Salvamares) and 9 search and rescue helicopters. All these units have been designed for maritime rescue and pollution combat operations; they are manned by specialists and provided with the most advanced technical resources.

C. Peralatan Mencari dan Menyelamat Marin
Rakit Penyelamat

Rakit yang digunakan ialah model T4. Ia diluluskan sepenuhnya untuk teksi udara, penerbangan korporat dan am. Rakit keselamatan ini mempunyai sistem pengepaman karbon dioksida (CO2) diaktifkan lanyard dan dikendalikan secara manual. Pam tangan yang dikendalikan secara manual, dipasang kukuh pada pemegang dan boleh memberi pengepaman penuh, atau penambahan kepada kebuk pengapungan, jika diperlukan. Setiap satu kebuk terpetak dikekalkan pada tekanan yang sama oleh injap pelega tekanan masing-masing.
Jadual Data T4 |
| Kapasiti Berkadar: |
4 Orang |
| Kapasiti Lebih Muatan: |
6 Orang |
| Jumlah Keapungan Tiub: |
399.2 kg |
| Keluasan Geladak untuk seorang (pada kapasiti berkadar): : |
0.34 m persegi |

Sut basah separa kering
Sut basah satu keping diperbuat daripada neoprena dengan manset separa kering (yang memberikan kehangatan tambahan dan penyimpanan air pada pergelangan kaki, pergelangan tangan dan kawasan leher) – sesuatu yang amat penting kerana perenang akan bekerja dalam keadaan sejuk melampau Lautan Atlantik Utara dalam musim sejuk. Konsep separa kering menggabungkan banyak kelebihan sut basah dan sut kering dalam satu pakej yang anggun dan selesa. Ia menawarkan kedapan dan perlindungan kukuh dalam air, dan tidak memerlukan pakaian dalam yang tebal. Ia menonjolkan zip kering baik sendiri merentasi bahu belakang untuk menahan air daripada masuk, mengelakkan deruan sejuk yang selalunya dialami apabila masuk ke dalam air.

Kaki Sirip Jet, topeng, dan snorkel

Sirip getah membolehkan pendorongan yang lebih pantas mengharungi air dan kurang memakan ruang dalam batas tertutup helikopter, yang menjadikannya sirip getah terpilih untuk kakitangan Mencari dan Menyelamat. Sirip getah ini menggabungkan kuasa dayung, pecutan dan mudah kendalian dengan kecekapan dan keselesaan sirip getah terbelah. Sendi berartikulatnya, seperti yang dimiliki ikan paus atau dolfin, membenarkan bilahnya berputar, mengurangkan seretan sementara menjana dan memaksimumkan tujahan. Hal ini adalah sangat penting, kerana arus di kawasan di mana Penyelam Penyelamat akan beroperasi - Atlantik Utara di mana air laut Atlantik Utara dan Laut Mediterranean bercampur dan berpusar kuat - adalah amat kuat
Snorkel digunakan oleh perenang penyelamat untuk bernafas sambil mereka berenang di dalam air. Snorkel membuatkan air berada di sekeliling perenang dan bukannya di dalam mulutnya. Reka bentuk separa kering menghalang air daripada terdebur di atas snorkel, membolehkan perenang menyedut udara dan bukannya air. Selepas kembali ke permukaan dari kedalaman, perenang hanya perlu melepaskan nafas dengan mudah untuk membersihkan barel dan tiub untuk membersihkan snorkel. Bentuk lengkung membolehkan snorkel mendakap kepala perenang dan tidak tercelup ke dalam air semasa perenang melihat dengan teliti di sekeliling bawahnya sewaktu berada di permukaan.
Topeng terletak dekat dengan muka perenang. Ini bermakna ia tidak mudah untuk rosak akibat halangan dalam persekitaran seperti helikopter. Juga, kerana ia terletak lebih dekat dengan muka, adalah mudah untuk perenang penyelamat memegangnya, untuk mengurangkan kemungkinan ia tertanggal semasa lompatan dari helikopter ke dalam air.
Ia diperbuat daripada silikon kristal bagi muat yang lembut, selesa, dan menyediakan injap pembersih satu hala yang membolehkan perenang menghembus nafas melalui hidung dan menyingkirkan air serta merta dengan mudah

PFD (peranti pengapungan peribadi)
Ini ialah "Jaket Keselamatan Penyelamat" yang memberikan pengapungan dan daya apung untuk perenang. Ia mempunyai dua sistem untuk mengepam – pil di dalam jaket yang larut apabila terkena air dan menyebabkan jaket kembung (ini sekiranya orang yang memakai jaket ini pengsan); dan pemegang yang mengembungkan jaket apabila ditarik oleh orang yang memakainya. Ia juga mempunyai tiub pengembungan bantuan yang boleh ditiup oleh perenang.
Ia dilengkapi dengan wisel kecemasan, tali pengikat untuk lampu dan togol untuk pelekapan. Ia juga dilengkapi dengan keratan pemantulkan cahaya pada kebuk keapungan.

Topi Marin, pisau kemandirian/penyelamat dan pelbagai alat
Topi keselamatan memberikan perlindungan kepada perenang penyelamat di dalam air daripada objek yang mungkin berlanggar dengan penyelamat yang tidak dapat penyelamat elakkan kerana bekerja menggunakan kedua-dua tangannya. Operasi kemandirian/penyelamat menuntut pisau serba boleh untuk bertahan dalam keadaan paling ekstrim. Pisau Kemandirian direka bentuk khusus dengan memikirkan perkara ini. Mata pisaunya saluti lapisan tebal Teflon yang membantu melindungi keluli tahan karat daripada unsur-unsur alam. Ia menonjolkan hujung klip yang kukuh yang cukup halus untuk kerja-kerja halus, tetapi juga mempunyai kekuatan untuk gurisan memotong, mengelar dan mengulit. Pada ketebalan 5mm, Pisau Penyelamat Kemandirian menawarkan konfigurasi hujung dan sisi seteguh mungkin, tanpa mengorbankan ketajaman. Pemegang SRK menayangkan pelindung jari dan grip Kraton. Alat pelbagai ini digunakan sebagai alat bantuan dan mempunyai kemampuan tambahan.

ATAS
 |
|
|
|
 |